up-movie-1

Rasulullah saw bersabda: “Orang yang cerdik ialah mereka yang bersifat tawaduk dan muhasabah diri serta beramal untuk persediaan selepas mati, sedangkan orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.”  

(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi)

Ma’ruf al-Karkhi pula menukilkan:

“Menuntut syurga tanpa disertai amalan (angan-angan) adalah dosa-dosa sedangkan mengharapkan syafaat tanpa sebab (angan-angan) termasuk dalam tipu daya. Manakala mengharapkan rahmat tanpa ketaatan merupakan jahil serta kebodohan.”

Abu Umar al-Mansuri dalam inti pati khutbahnya:

“Sesungguhnya kamu berpagi-pagi dengan cita-cita sepanjang usiamu dan berangan-angan kepada Allah untuk menuju-Nya sedang kamu bawa kepada-Nya amalan perbuatanmu yang buruk dan perbuatan kamu itu sama seperti besi yang sejuk yang tidak berguna (lantaran angan-angan)”

:Raja’ [menjauhi angan-angan] Solusi#59

DSC01478

Advertisements