belenggu dosa

Manusia  – Eh, dah subuh dah?
Malaikat  – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan      – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini….awal lagi    nie?.zzzzzzzz

Manusia  – Nak makan, laparlah ??
Malaikat  – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah
Syaitan    – Ahh, tak payahla….. dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat   – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan     – Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  – Azan sudah kedengaran… .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan    – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh…. best tu…. . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan     – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan     – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…. pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali…..rugila. … (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan     – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….

Advertisements