Doa Menghindari Sihir & Ilmu Hitam
Dalam al-Quranul Karim,
Surah Yunus, ayat 81-82


Maksudnya: “Setelah mereka campakkan (benda2 itu), Nabi musa berkata : Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah Akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang2 yang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang2 yang melakukan dosa.”

Keterangan Ayat

Menurut Ibn Abi Hatim & Abu al-Syeikh daripada Laith bin Abi Sulaim r.a., beliau berkata: “Ayat ini dapat menjadi penawar kepada perbuatan sihir dengan izin Allah.”

Allah s.w.t. menjelaskan perjuangan Nabi Musa a.s. dan penentangannya kepada Firaun, menyebabkan Firaun telah mengumpulkan semua ahli sihir yang terkemuka pada zamannya untuk melawan Nabi Musa. Apabila Nabi Musa a.s. & ahli2 sihir sudah dihimpunkan di hadapan khayalak ramai pada hari yang dijanjikan itu, maka pertandingan  di mulakann dengan dialog, siapakah yang akan memulakan kehebatan masing2.Ahli2 sihir sudah  pun dijanjikan dengan berbagai nikmat dunia, spt  pangkat, harta, dsbnya.,jika berjaya  mengalahkan Nabi Musa a.s.

Ahli2  sihir mula mencampakkan li2 mereka lalu gemparlah suasana melihat ular2 besar yang menakutkan di hadapan mereka. Nabi Musa a.s. turut merasa gementar pada permainan mereka, sehinggalah turun wahyu daripada Allah s.w.t.kepaaadanya supaya bertenang dan membaca ayat2 di atas. Kemudian gilirannya pun sampai, lalu tongkatnya dilepaskan. Ahli2 sihir menjadi gamat kerana apa yang berlaku di hadapan mereka bukannya sihir olok2 seperti yang disangka mereka. Ia adalah kebenaran dari langit tinggi. Mereka akhirnya sujud beriman kepada tuhan Nabi Musa a.ss., meniggalkan Firaun dalam kebingungan. (Fi Zilalil Quran, tafsir surah Yunus, ayat 81-82)

Khasiat & Kaifiat Beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat2 ini bersama ayat ke 118-121 surah al-A’raf & ayat ke 69  surah  Toha  kepada bekas yang mengandungi air. Kemudian air itu disiramkan ke atas kepala orang yang terkena sihir itu. (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82, surah Yunus)

Rujukan: Buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran, Ust, Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd., m/s 76-77.
iSBN 983 3494 20 X

Advertisements