Assalamualaikum…
Ambil PERHATIAN!!!
Kepada kengkawan, bacalah artikel ni, ambil tindakan yang sepatutnya selepas membaca.

Masih belum terlewat utk membuat ramalan tentang ancaman komputer yang bakal berlaku tahun ini. Richard Stiennon, Ketua Pegawai Pemasaran Fortinet menerusi perkara baru, namun penjenayah siber sedang mencari jalan utk mendapatkan keuntungan besar berbilion ringgit menerusi cubaan sofistikated internet.Dengan keuntungan didepan mata, pendekatan serangan adalah semakin licik dan jumlah mangsa memerlukan perlindungan yg lebih ekstrim bagi memastikan keselamatan data dan kewangan terkawal daripada sasaran serangan penjenayah siber.

Menerusi pemerhatian yang dibuat oleh Richard, tahun ini berkemungkinan kita dapat melihat seranagn dilakukan secara pintar melalui laman rangkaian sosial, aplikasi perisian On-Demand, E-dagang dan perniagaan kecil sederhana (SMB) dalm fesyen yg boleh memberi penjenayah siber mendapat keuntungan dua kali ganda. Ia dijangka menggerakkan psaran gelap antara USD 5 bilion hingga 10 bilion. Sememangnya jumlah yg banyak!
Oleh itu, 10 Ramalan yang dijangkakan untuk 2008 ialah :

1) WIDGET FACEBOOK SEBAR MALWARE
Rangkaian sosial popular ini membenarkan pengguna mencipta dan menerbitkan aplikasi kecil serta widget di laman web masing-masing. Ia boleh merangkumi apa-apa saja.Oleh itu, kita bakal melihat percubaan menerusi aplikasi sedia ada yang serta merta membenarkan kod berniat jahat trojan dimuat turun. Atau ia merupakan aplikasi baru yang dipasang untuk mencuri informasi atau menjangkiti komputer pelawat.

2) OPENSOCIAL BUKA RISIKO SERANGAN
Kadangkal perkara baik juga boleh mendatangkan masalah. Kewujudan OpenSocial iaitu percubaan utk menghapuskan jurang antara rangkaian sosial dgn membenarkan perkongsikan aplikasi dan widget untuk eksploitasi berlaku dan dijangkakan percubaan pertama menceroboh rangkaian sosial ialah dengan mengeksploitasi peralatan OpenSocial.

3)SALESFORCE.COM APPSTORE MENGALAMI INSIDEN KEHILANGAN DATA
Pada tahun20007, kita melihaaat salesforces.com menjadi sasaran serangan phising. Apabila maklumaaat peribadi mangsa dicuri, ia akan digunakan untuk mencapai akses kepada pengkalan data kontak dan mangsa akan menerima serangan spam. Bayangkan kuasa aplikasi SFDC yang digunakan dengan banyaknya utk mencuri informasi memungkinkan tahun ini ia akan dieksploitasi lagi untuk tujuan yang lebih jahat.
4)SERANGAN DARI CHINA
2008 akan menunjukkan serangan ancaman komputer. Dari china berterusan terhadap kerajaan dan industri di barat. Lebih banyak hal dalaman agensi kerajaan akan didedahkan kepada umum.

5) SERANGAN TUJUAN POLITIK
Mei lalu, perbalahan merebut tugu perngatan perang di Estonia mencetuskan serangan siber besar-besaran menentang estonia oleh rejim Putin. Dijangkakan Rusia akan terus menggunakan cara ini sebagai peralatan memeras siber bagi menjalankan niat politik mereka.

6) JENAYAH SIBER SEMAKIN DEKAT DENGAN PERIBADI
Jenayah siber terancang (sasaran) akan memberi keuntungan yang lebih kepada penjenayah siber.Tahun lalu, Igor Klopov, 24tahun, drpd Russia menggunakan senarai Forbes individu Amerika terkaya unatuk mencari sassaran di Texas. Lebih banyak syarikat dan individu mungkin terlibat dalm serangan di 2008

7) PASARAN KEWANGAN DIGANGGU OLEH MUSLIHAT LICIK
Sbg cth, Pump &Dump yg digabungakn dengan DdoS. Penceroboh boleh menggunakan serangan phising untuk mencapai akses ke akaun komisen broker di talian. Mereka menutup port folio sahaam mangsa  dan membeli saham lain.Mereka kemudian menjalankan serangan besar-besaran menentang syarikat disebalik saham berkenaan dan mendapat keuntungan apabila saham jatuh.

8)MELIHAT KESAN TROJAN STORM
Trojan adalah Malware sotistikated yg belum digunakan tetapi telah disebarkan dgn banyaknya tahun lalu iaitu 50juta. Ia merupakan senjata gangguan paling bnyk dpasang di Internet dan mungkin 2008 ini bakal melihat kesannya.

9) DdoS SERANG E-DAGANG DAN LAMAN MEDIA
Organisasi pengganas akan menggunakan ddos sebagai senjata menyerang E-dagang dan laman media. Ia juga boleh mengakibatkan insiden membabitkan isu keagamaan yg bakal menaikkan kemarahan banya pihak.

10) ESPLOITASI KONSOL PERMAINAN DI INTERNET
Ia diramal akan berlaku terutamanya menerusi Wii dimana sistem yang tidak dilindungi mudah dijangkiti Malware. Salah satu peluang besar serangan adalh menerusi perangkaraan antara konsol permainan. Dengan tahap pemilikan konsol permainan oleh penceeroboh semakin meluas, anda boleh jangkakan apa yg bakal berlaku utk konsol permainan di 2008. Lebih banyak konsol permainan boleh diceroboh dan dijangkiti Malware.

Kesimpulannya, rangkaian internet yg kita gunakan banyak ancaman dari jenayah siber. JANGAN dedahkan apa-apa maklumat peribadi seperti gambar, no.kad pengenalan dsb dalam apa-apa penggunaan komunikasi (cth:friendster) .Gambar adalah maklumat yg amat berbahaya (jika gambar sebenar) kerana ia boleh disabotaj oleh penjenayah siber dengan menjatuhkan maruah. Pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh penjenayah siber. Bukan sahaja dengan menyebarkan virus dan mencuri maklumat-maklumat penting, malah dapat menjatuhkan reputasi individu.  Mungkin hari ini anda terselamat dari jenayah siber, tetapi suatu hari nanti anda mungkin menjadi mangsa jika tidak berhati-hati dalam penggunaan internet. Ingat sebelum terlambat.
Dipetik dari Majalah PC Mac 2008

Advertisements